Wednesday, October 7, 2009

Apa sudah jadi ???



Bumi indonesia digegarkan lagi dengan satu gempa bumi yang memusnahkan hampir keseluruhan Padang di sumatera barat. Dianggarkan hampir 3000 mangsa menjadi korban. kepulauan Samoa di kepulauan pasifik juga dilanda gempa sehingga mencetuskan tsunami setinggi bangunan 3 tingkat.

View Image

hampir keseluruhan pantai barat Malaysia juga merasai gegaran kesan gempa bumi tersebut.

Dunia kita sudah tua...

Negara-negara yang prihatin telah menghantar bantuan dari segi logistik mahupun kemanusiaan.
Tidak terkecuali juga negara kita Malaysia atas dasar kemanusiaan apatah lagi kita semua adalah serumpun.


Namun kita dikejutkan dengan kejadian pesata C-130 Herculis TUDM yang sedang menjalankan usaha penghantaran bantuan telah dibaling batu oleh segelintir penduduk di sana. Kita semua mengetahui sejak kebelakangan ini hubungan antara Indonesia-Malaysia agak hambar rentetan isu tarian pendet yang akhirnya mencetuskan kemarahan segelintir rakyat di Indonesia. Maka isu sapu Malaysia pula muncul.





Secara peribadi hati saya terguris dengan tindakan segelintir masyarakat di sana. Sempat lagikah mereka mengutamakan kebecian mereka terhadap Malaysia sedangkan kampung mereka sendiri telah hancur angkara gempa. Bagi saya ekspresi kemarahan mereka menunjukkan betapa dalamnya kebencian mereka terhadap Malaysia sehinggakan mereka tidak dapat mengenepikan perasaan marah mereka itu sebentar meskipun dalam keaadan darurat.


Namun, saya memuji anggota tentera kita di sana yang betindak secara rasional dan proffesional dalam menghadapi situasi seperi itu.

Saya mengerti bahawa isu "sapu Malaysia" itu tidaklah menggambarkan seluruh pendapat rakyat mereka di sana. Meskipun ada usaha pertemuan diantara kedua-dua belah pihak bagi menyelsaikan isu ini, saya melihat segelintir rakyat di sana masih komited untuk melancarkan perang terhadap Malaysia. Saya merasakan antara salah satu faktor isu ini kian panas adalahdisebakan dasar media mereka yang terlalu terbuka tanpa kawalan. Ya, demokrasi yang mebabi buta boleh membawa padah...

Isu hantaran bekalan makanan dari Malaysia yang dikatakan telah luput tarikhnya telah digembar-gemburkan oleh pihak media di sana. Mujurlah Majlis Keselamatan Negara bertindak pantas dengan memberi penjelasan berkenaan isu tersebut bahawa bekalan itu tidaklah luput tarikhnya, hanya salah faham berkenaan pelekat yang ditampal pada bekalan tersebut.


Saya berharap isu ini perlu diselesaikan secara serius antara kedua-dua belah pihak meskipun isu ini hanya kelihatan seperti isu kecil dan terpencil. Namun ingatalah barah yang parah bermula dengan barah yang kecil.......



Jadilah kita manusia yang tahu erti berterima kasih......

Monday, March 30, 2009

you wanna be a scientist?













Isaac newton : Albert Einstein : al-khawarizmi : ibnu sina:








mereka semua berkongsi satu ciri yang sama: mereka semua adalah saintis. Individu yang punya naluri untuk mengkaji. tetapi ada sesuatu pepatah yang perlu diingat,
"sains tanpa agama itu buta, agama tanpa sains itu tempang". Persoalannya apakah kita mahu menjadi seorang saintis yang diredhai oleh Allah (sentiasa mendapat pentunjuk dan ilham daripada Allah) atau kita ingin menjadi saintis yang mengikut hawa nafsu dan akalnya semata-mata.


apakah kita mahu menjadikan research kita sebagai medium untuk kita mengenali al-Khaliq atau menghasilkan research atau teori yang hanya menjadikan kita semakin sesat dan buta terhadap Nur-Allah?

anda tidak perlu menjawab, cukuplah anda dan hati anda sendiri yang mengetahuinya. Cloning issue sudah lama diperkatakan dan diperdebatkan berdekad lamanya. Tidak perlu diperjelaskan lagi di sini. Apa yang penting kita menilai kembali nilai-nilai murni di dunia ini kerana seorang saintis perlu punya nilai untuk "memberi" ,(menghasilkan sesuatu yang bermanfaat bukannya menjadikan tamadun semakin pincang dengan hasil research kita).

Ya, sejarah telah membuktikan tamadun Islam telah melahirkan saintis-saintis yang punya nilai dan kualitinya yang tersendiri. Tetapi, sejarah tetap tinggal sebagai sejarah. namun hari ini, apakah kita hanya mampu membaca sejarah-sejarah tersebut atau kita punya niat dan impian untuk mengulangi sejarah tersebut.? anda senidri punya jawapannya.


Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah merangka satu dasar nisbah 60:40 pelajar sains/teknologi dan satera yang perlu dicapai pada tahun 2010 dalam usaha mencapai status negara maju pada tahun 2020. Adapun kita perlu sedar pada hari ini, kemajuan dalam aktiviti penyelidikan merupaka salah satu pengukur bagi mencapai status negara maju.


Kita sendiri mampu
lihat bagaimana saintis-saintis non-muslim pada hari ini telah memberikan sumbangan yang besar dalam bidang sains dan teknologi daripada bidang perubatan hinggalah ke bidang teknologi seperti pembinaan senjata. Namun, kita masih boleh mengira denga jari sahaja jumlah negara Islam yang aktif dalam bidang-bidang berkenaan. Hampir kesemua pengeluar senjata utama di dunia adalah daripada mereka non-muslim.


Semangat cinta akan ilmu itu menjadi rahsia kejayaan mereka. Kita orang Islam boleh mencipta kejayaan seperti mereka malah mungkin lebih hebat lagi. seorang saintis muslim yang punya cinta akan ilmu dan dalam masa yang sama punya iman yang mantap diibaratkan seperti setitis haruman yang mana jatuh setitis ,harum dan wangilah di sekelilingya.

Budaya cinta pada ilmu perlu ditanam dalam diri kita bukannya menuntut ilmu semata-mata untuk lulus peperiksaan.

Ayuh!!, bangkit dan berubahlah sahabatku sekalian agar kita menjadi muslim yang punya jasa dan sumbangan pada ummah..





Wednesday, March 18, 2009

"fuuhhh.."

fuuh,....i'm so tired.
assignments, tests, proposal made me become so stucked.
the last 2 weeks were so packed.

Alhamdullah. i've finished those tasks on time, but, belum lagi masa untuk berehat.
for next week, mandarin oral test is waiting for me (terbelit-belit lidah dibuatnya)

"busy, busy and busy"
itulah lumrah dunia seorang pelajar. Baru hari ini saya berkesempatan menjengah sebentar ke blog saya.

saya belum lagi punya idea untuk menulis pada kali ini. mungkin di lain masa.

my brain needs some rest....





Monday, February 23, 2009

"Terbang Tinggi"


Setiap orang mempunyai cita-cita dan impian dalam diri. Si dia akan berusaha sedaya upaya untuk mencapai impian tersebut. Jatuh bangun adalah asam garam dalam perjalanan mengejar impian. Seseorang usahawan akan menempuhi onak dan liku dalam dunia perniagaannya. Jatuh bangun dalam bidang perniagaan akan menjadikannya seorang usahawan yang matang dan berjaya. Seorang pelajar pula akan menempuhi cabaran dan dugaan dalam menyusuri perjalanan menuntu ilmu. Kegagalan dan kejayaan adalah warna-warni dalam dunia seorang pelajar.

Ketabahan dan kecekalan serta tidak kenal akan erti putus asa adalah rahsia dalam usaha mengejar impian. Jati diri dan semangat yang lemah akan membuatkan seseorang itu jatuh dan tidak punya kekuatan untuk bangun kembali
Begitulah juga dalam dunia seorang da'ie yang menyampaikan mesej-mesej kebenaran di dunia ini. Cacian, makian, adalah asam garam dalam perjalanannya. Hanya "sabar" adalah kunci dalam meneruskan perjalanan itu. Bukankah itu yang dipraktikkan oleh Junjungan besar kita Muhammad s.a.w. Rujuklah kembali kepada sirah nabi kita dalam mencari panduan dan kekuatan dalam menyampaikan mesej kebenaran. Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar.
Kejarlah impian kita dengan bersungguh-sungguh. Mengumpulkan seluruh tenaga dan daya bagi memastikan ianya tercapai. Tetapi ingat dalam kita berusaha jangan lupa berdoa kerana hanya Dialah yang mampu memberikan kekuatan dan ingatlah sebaik mana perancangan kita, peracangan Allah adalah yang terbaik.

Pedulikan kata-kata mereka. Jadikan ianya satu pencetus semangat dalam diri kita. Jadilah diri kita sendiri meskipun berbeza dengan orang lain.
Akhir kalam, hayatilah lagu "terbang tinggi" ini.










"Terbanglah setinggi mana yang kita inginkan, kerana langit Allah ini luas.."










Wednesday, February 18, 2009

"Hobi"

Membaca merupakan salah satu hobi saya. Daripada daripada novel, majalah hingga akhbar-akhbar. Bagi saya membaca mampu melatih minda kita untuk menjadi lebih kritis dan analisis. Tapi ingat, ianya bergantung kapada input dan isi yang terdapat dalam pembacaan kita itu sendiri.

Pada mulanya saya bukanlah peminat novel. Namun setelah pertama kali saya membaca novel “KOMBAT 1511 H”, minat terhadap novel terus mendalam. Kisah yang terdapat dalam “kombat 1511H” sungguh menakjubkan. Saya menjadi asyik dari satu halaman ke satu halaman. Penulis yang baik adalah penulis yang mampu menghasilkan karya yang mampu menimbulkan sifat ingin tahu dalam diri pembacanya. Tahniah kepada saudara Faisal Tehrani.

satu karya yang hebat, merungkai sejarah konspirasi pembunuhan Sultan yang soleh yang belum pernah kita ketahui. Anda wajib mendapatkannya…








Pengembaraan seorang pemuda yang menakjubkan….














tiga siri kesemuanya….


“Detektif Indigo” merupakan satu lagi karya yang hebat daripada saudara Faisal. Karya tersebut membuka mata saya akan kewujudan kanak-kanak indigo. Mereka mempunyai IQ yang luar biasa berbeza dengan orang lain. Kewujudan Maktab Rendah Indigo di bawah kelolaan OIC dalam kisah tersebut seolah-olah ianya satu realiti.Kehebatan watak kanak-kanak yang mempunyai kepakaran dalam bidang sains forensik betul-betul mengujakan saya. Alangkah baiknya jika apa yang diceritakan dalam novel tersebut dapat kita lihat pada hari ini dan bukanlah hanya satu rekaan semata-mata.

Kelahiran karya-karya sains fiksyen merupakan salah satu medium yang mampu menimbulkan minat terhadap dunia sains dalam diri generasi muda di negara kita. Impian bagi melahirkan ramai sainstis akan menjadi sukar untuk dicapai sekiranya tidak dipupuk sejak kecil lagi. Karya-karya seperti ini mampu melatih minda anak muda kita supaya mempunyai sifat analisis dan ingin tahu dalam diri mereka.

Berdasarkan pemerhatian saya, amat jarang untuk menemui novel-novel tempatan yang mempunyai karya-karya seperti itu berbanding novel-novel dari luar. Apa yang biasa ditemui anak-anak muda kita akan lebih cenderung membaca novel-novel cinta. Tidaklah saya katakan kesemuanya. Tetapi cuba kita lihat di kedai-kedai buku besar seperti MPH, Kinokuniya, Borders jarang untuk kita temui generasi muda di sudut-sudut yang menempatkan karya-karya sastera. Amatlah jarang untuk kita temui mereka di sudut yang menempatkan novel-novel pemenang hadiah sastera berbanding sudut yang menempatkan novel-novel cinta. Sedangkan kualiti karya-karya tersebut adalah lebih baik dan bermutu.
















Baru sahaja dibeli dari Kinokuniya.
Menarik, tetapi entah bila mampu dikhatamkan


Bacalah karya-karya yang mampu membuatkan kita berfikir dan bukannya berkhayal !!!

Monday, February 16, 2009

Pengembaraan bermula...

Pengembaraan saya dalam melibatkan aktiviti blog ini baru sahaja bermula. Sebelum ini saya hanya mampu menjadi "anonymous reader" apabila melawat blog-blog yang saya minati. Tidak pernah meberi komen sekalipun. Tapi jauh sudut di hati ini memang ada hasrat untuk mempunyai blog sendiri. Ehm..mungkin semangat yang dikumpul masih belum cukup. namun akhirnya tercipta juga blog saya sendiri. Langkah pertama dalam dunia pengembaraan saya.





Berjalan, melihat, dan berfikir sentiasa diserap dalam diri ini. Merantau dan berjalan melihat gelagat manusia di sekeliling. Mencambah pengalaman dalam hidup. Berfikir dan mencetuskan sifat ingin tahu dalam diri. Bukan berjalan dan melihat dengan otak kosong. Kebaikan dijadikan pedoman, keburukan dijadikan sempadan. Seorang advencer perlu melihat sesuatu perkara dengan mendalam, mencari maksud yang tersirat dalam memahami sesuatu perkara. Sentiasalah mencetuskan sifat ingin tahu dalam diri agar kita menjadi manusia yang mahu berfikir.





"Advencer,..pengembaraanmu baru sahaja bermula...."