Monday, February 23, 2009

"Terbang Tinggi"


Setiap orang mempunyai cita-cita dan impian dalam diri. Si dia akan berusaha sedaya upaya untuk mencapai impian tersebut. Jatuh bangun adalah asam garam dalam perjalanan mengejar impian. Seseorang usahawan akan menempuhi onak dan liku dalam dunia perniagaannya. Jatuh bangun dalam bidang perniagaan akan menjadikannya seorang usahawan yang matang dan berjaya. Seorang pelajar pula akan menempuhi cabaran dan dugaan dalam menyusuri perjalanan menuntu ilmu. Kegagalan dan kejayaan adalah warna-warni dalam dunia seorang pelajar.

Ketabahan dan kecekalan serta tidak kenal akan erti putus asa adalah rahsia dalam usaha mengejar impian. Jati diri dan semangat yang lemah akan membuatkan seseorang itu jatuh dan tidak punya kekuatan untuk bangun kembali
Begitulah juga dalam dunia seorang da'ie yang menyampaikan mesej-mesej kebenaran di dunia ini. Cacian, makian, adalah asam garam dalam perjalanannya. Hanya "sabar" adalah kunci dalam meneruskan perjalanan itu. Bukankah itu yang dipraktikkan oleh Junjungan besar kita Muhammad s.a.w. Rujuklah kembali kepada sirah nabi kita dalam mencari panduan dan kekuatan dalam menyampaikan mesej kebenaran. Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar.
Kejarlah impian kita dengan bersungguh-sungguh. Mengumpulkan seluruh tenaga dan daya bagi memastikan ianya tercapai. Tetapi ingat dalam kita berusaha jangan lupa berdoa kerana hanya Dialah yang mampu memberikan kekuatan dan ingatlah sebaik mana perancangan kita, peracangan Allah adalah yang terbaik.

Pedulikan kata-kata mereka. Jadikan ianya satu pencetus semangat dalam diri kita. Jadilah diri kita sendiri meskipun berbeza dengan orang lain.
Akhir kalam, hayatilah lagu "terbang tinggi" ini.










"Terbanglah setinggi mana yang kita inginkan, kerana langit Allah ini luas.."










7 comments:

  1. Nak terbang tapi tak da sayap.. macam maner?? Uhuhhh..

    Erm... Jd students mmg byk cabaran yg kene lalu.. But.. stp cabaran tu la yang sebenarnya mematang kan diri sendiri dan meng'upgrade' kan 'self-value' seseorang tuh..

    Kata org.. 'makin tua, makin berisi'... Berisi tuh maksudnyer based on pengalaman hidup yg di lalui..

    Cuma, agak kesian melihat sestgh students yg 'berat' nk menggerakkan minda untuk berfikir jauh.. Stakat pergi dan balik kelas, then main bola... Stakat tuh jer pncapaian dari se awal masuk U hinggalah graduate.. hasilnya??? erm.. Pk la sendiri..

    Jadi... terbang lahh! (eh.. bleh ke manusia tebang?? exclude superman. Haha)Grab all the oppertunities and FIND any other oppertunities while u r still a student.. hurmm...

    ReplyDelete
  2. bagus r arif......ak suke ap yang ko tuliskan
    buku-buku.....nasihat....terima kasih

    ReplyDelete
  3. thanks for visiting my blog.
    Nasihat sebenarnya bukn sahaja utk org lain tp utk diri kita sendiri sebenarnya.

    Student kita pada hari ini perlu melakukan revolusi minda dan spiritual. Bukan setakat medapat segulung ijazah tetapi ilmu dan akhlaknya kosong.

    gerakkan mida kita supaya tidak mati dan sia-sia.

    ReplyDelete
  4. salam
    arif fadilah ni senior sy ke?

    ReplyDelete
  5. haah, die senior ko ahmed, budak jasin dulu...die tua setahun dari aku, ko tak sempat jumpe kot...dan die juga orang yang berjuang jugak...

    ReplyDelete
  6. yup ahmad,
    saya batch 03-04. mungkin kite x sempat jumpa.
    sempat jumpa maher jer. huhuh.
    anyway welcome to my blog

    "Salam perkenalan dari advencer"

    ReplyDelete
  7. halamak, ni ruangan komen ke or ruang perkenalan??

    ReplyDelete