Wednesday, October 7, 2009

Apa sudah jadi ???



Bumi indonesia digegarkan lagi dengan satu gempa bumi yang memusnahkan hampir keseluruhan Padang di sumatera barat. Dianggarkan hampir 3000 mangsa menjadi korban. kepulauan Samoa di kepulauan pasifik juga dilanda gempa sehingga mencetuskan tsunami setinggi bangunan 3 tingkat.

View Image

hampir keseluruhan pantai barat Malaysia juga merasai gegaran kesan gempa bumi tersebut.

Dunia kita sudah tua...

Negara-negara yang prihatin telah menghantar bantuan dari segi logistik mahupun kemanusiaan.
Tidak terkecuali juga negara kita Malaysia atas dasar kemanusiaan apatah lagi kita semua adalah serumpun.


Namun kita dikejutkan dengan kejadian pesata C-130 Herculis TUDM yang sedang menjalankan usaha penghantaran bantuan telah dibaling batu oleh segelintir penduduk di sana. Kita semua mengetahui sejak kebelakangan ini hubungan antara Indonesia-Malaysia agak hambar rentetan isu tarian pendet yang akhirnya mencetuskan kemarahan segelintir rakyat di Indonesia. Maka isu sapu Malaysia pula muncul.





Secara peribadi hati saya terguris dengan tindakan segelintir masyarakat di sana. Sempat lagikah mereka mengutamakan kebecian mereka terhadap Malaysia sedangkan kampung mereka sendiri telah hancur angkara gempa. Bagi saya ekspresi kemarahan mereka menunjukkan betapa dalamnya kebencian mereka terhadap Malaysia sehinggakan mereka tidak dapat mengenepikan perasaan marah mereka itu sebentar meskipun dalam keaadan darurat.


Namun, saya memuji anggota tentera kita di sana yang betindak secara rasional dan proffesional dalam menghadapi situasi seperi itu.

Saya mengerti bahawa isu "sapu Malaysia" itu tidaklah menggambarkan seluruh pendapat rakyat mereka di sana. Meskipun ada usaha pertemuan diantara kedua-dua belah pihak bagi menyelsaikan isu ini, saya melihat segelintir rakyat di sana masih komited untuk melancarkan perang terhadap Malaysia. Saya merasakan antara salah satu faktor isu ini kian panas adalahdisebakan dasar media mereka yang terlalu terbuka tanpa kawalan. Ya, demokrasi yang mebabi buta boleh membawa padah...

Isu hantaran bekalan makanan dari Malaysia yang dikatakan telah luput tarikhnya telah digembar-gemburkan oleh pihak media di sana. Mujurlah Majlis Keselamatan Negara bertindak pantas dengan memberi penjelasan berkenaan isu tersebut bahawa bekalan itu tidaklah luput tarikhnya, hanya salah faham berkenaan pelekat yang ditampal pada bekalan tersebut.


Saya berharap isu ini perlu diselesaikan secara serius antara kedua-dua belah pihak meskipun isu ini hanya kelihatan seperti isu kecil dan terpencil. Namun ingatalah barah yang parah bermula dengan barah yang kecil.......



Jadilah kita manusia yang tahu erti berterima kasih......

No comments:

Post a Comment