Monday, March 30, 2009

you wanna be a scientist?













Isaac newton : Albert Einstein : al-khawarizmi : ibnu sina:








mereka semua berkongsi satu ciri yang sama: mereka semua adalah saintis. Individu yang punya naluri untuk mengkaji. tetapi ada sesuatu pepatah yang perlu diingat,
"sains tanpa agama itu buta, agama tanpa sains itu tempang". Persoalannya apakah kita mahu menjadi seorang saintis yang diredhai oleh Allah (sentiasa mendapat pentunjuk dan ilham daripada Allah) atau kita ingin menjadi saintis yang mengikut hawa nafsu dan akalnya semata-mata.


apakah kita mahu menjadikan research kita sebagai medium untuk kita mengenali al-Khaliq atau menghasilkan research atau teori yang hanya menjadikan kita semakin sesat dan buta terhadap Nur-Allah?

anda tidak perlu menjawab, cukuplah anda dan hati anda sendiri yang mengetahuinya. Cloning issue sudah lama diperkatakan dan diperdebatkan berdekad lamanya. Tidak perlu diperjelaskan lagi di sini. Apa yang penting kita menilai kembali nilai-nilai murni di dunia ini kerana seorang saintis perlu punya nilai untuk "memberi" ,(menghasilkan sesuatu yang bermanfaat bukannya menjadikan tamadun semakin pincang dengan hasil research kita).

Ya, sejarah telah membuktikan tamadun Islam telah melahirkan saintis-saintis yang punya nilai dan kualitinya yang tersendiri. Tetapi, sejarah tetap tinggal sebagai sejarah. namun hari ini, apakah kita hanya mampu membaca sejarah-sejarah tersebut atau kita punya niat dan impian untuk mengulangi sejarah tersebut.? anda senidri punya jawapannya.


Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah merangka satu dasar nisbah 60:40 pelajar sains/teknologi dan satera yang perlu dicapai pada tahun 2010 dalam usaha mencapai status negara maju pada tahun 2020. Adapun kita perlu sedar pada hari ini, kemajuan dalam aktiviti penyelidikan merupaka salah satu pengukur bagi mencapai status negara maju.


Kita sendiri mampu
lihat bagaimana saintis-saintis non-muslim pada hari ini telah memberikan sumbangan yang besar dalam bidang sains dan teknologi daripada bidang perubatan hinggalah ke bidang teknologi seperti pembinaan senjata. Namun, kita masih boleh mengira denga jari sahaja jumlah negara Islam yang aktif dalam bidang-bidang berkenaan. Hampir kesemua pengeluar senjata utama di dunia adalah daripada mereka non-muslim.


Semangat cinta akan ilmu itu menjadi rahsia kejayaan mereka. Kita orang Islam boleh mencipta kejayaan seperti mereka malah mungkin lebih hebat lagi. seorang saintis muslim yang punya cinta akan ilmu dan dalam masa yang sama punya iman yang mantap diibaratkan seperti setitis haruman yang mana jatuh setitis ,harum dan wangilah di sekelilingya.

Budaya cinta pada ilmu perlu ditanam dalam diri kita bukannya menuntut ilmu semata-mata untuk lulus peperiksaan.

Ayuh!!, bangkit dan berubahlah sahabatku sekalian agar kita menjadi muslim yang punya jasa dan sumbangan pada ummah..





4 comments:

  1. I really hope we can be good scientists...(^^)

    ReplyDelete
  2. Saya mahu menjadi pencinta alam........

    ReplyDelete
  3. Memang benar suatu masa dahulu umat Islam berada di zaman kegemilangan bermula pada pemerintahan Saidina Umar al Khattab. Puncak kegemilangannya pada zaman Bani Abasiyah. Selepas itu bermula zaman kemuduran.

    Sekarang umat Islam mula mahu membangun tetapi masih banyak yang menghalangnya. Ditekan di kiri dan kanan. Namun akhirnya nanti pasti bangun juga. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  4. sy setuju kata awk, manhaj asasi hadari dustur islamiah....tawakkal(usaha&doa)...

    ReplyDelete